Tingkatan 6 Best.!


lepasan spm mana lebih baik form 6 atau masuk kolej.? atau yang bertuah dapat masuk Universiti mesti akan go through Universiti kan.. benda-benda macam gini mesti korang taktau nak pilih mana.? 
yang dapat tawaran tingkatan 6 meh sini cikpia nak kongsikan pengalaman selama 2 tahun cikpia belajar form6😁

cikpia form 6 di SMK Johor Bahru. secara ringkasnya, form 6, 2 tahun dan ade 3 semester/penggal. sekolah cikpia bukan sains stream but sains sosial. cikpia kira intake 2017/2018😝 masa tu ada 3 kelas iaitu kelas zaaba/munsyi dan ungku aziz.
cikpia akan listkan senarai subjek mengikut kelas 👇

kelas zaaba:                                         
Ekonomi                                                                      
Sejarah                                               
Bahasa melayu                                    
Pengajian Am 

Kelas Munsyi:
Ekonomi
Pengajian Perniagaan
Bahasa melayu
Pengajian Am

Kelas Ungku Aziz:
Geografi
Pengajian Perniaagan
Seni 
Pengajian Am

kalau korang perasan setiap kelas ada pengajian am kan..itu adalah subjek wajib yang tingkatan 6 perlu ambil dan belajar. pengajian am ni adalah pekara general yang berlaku didalam negara dan luar negara💪dalam 3 buah kelas itu, cikpia terpilih untuk masuk kelas ungku aziz. disekolah cikpia, pada sesiapa nak masuk kelas Ekonomi mathematik form5 mesti kredit✅kredit means A/B/C tetapi untuk yang dapat C tu tak digalakkan la untuk cuba belajar Ekonomi if kau mampu untuk study dan kau ada basic and kau boleh la try kelas Ekonomi if kau math C and takde basic Ekonomi tu agak susah untuk kau start basic dari awal. sebab apa cikpia share pasal kelas ekonomi sebab dulu cikpia suka sejarah but kelas sejarah kena ambik ekonomi so tanya cikgu relaven tak with result form 5 kita..most importance korang kena minta pendapat guru-guru before korang select any class yang mungkin akan membebankan korang dikemudian hari👍kelas with pakej ni bukan untuk sehari dua tau😂tapi untuk 2 tahun😱😁

so cikpia nak terangkan apa korang bakal belajar for sem 1:
mcm cikpia kelas ungku aziz, pengajian am kitaorang study 
-konsep negara
-ciri-ciri negara berdaulat
-Kewarganegaraan
-Kementerian
-Jabatan
-Agensi Pusat
-Pentadbiran Kerajaan persekutuan
-Jabatan negeri
dan banyak lagi. cikpia guna buku ni sangat best and senang nak faham


buku ni boleh beli kat cikgu korang atau mana-mana gudang buku yang available.
but now zaman cangihkan kat shope pun da ada dalam Rm20 keatas takpasti da lupa😂

setiap topic memang banyak cabang-cabang yang perlu korang study slow-slow and fahami supaya korang boleh ingat😁antara tips yang cikpia gunakan adalah buat mindmap/bina formula/note yang boleh dibawa kemana-kema mcm note kecik senang boleh letak dalam pensil box atau kocek seluar ke kan😜korang kreatifkan cara belajar korang supaya takbosan💓

topic pengajian am sem 2:
bila da start sem 2 ia lebih rumit dan memang perlukan hafalan yang kuat 😂 antara topicnya adalah more kepada Dasar Pembanguna Negara so korang akan study dasar-dasar yang pernah dijalankan dimalaysia dan korang akan diajar untuk mereka graf dari petikan. ada macam-macam graf yang korang akan pelajari best and memang fun bila korang da faham💓ni buku yang cikpia gunakan masa sem 2


topic pengajian am sem 3:
Bila kau da tahun akhir, kau akan belajar mengenai hubungan diplomatik dengan negara luar malaysia
macam ASEAN/EAEC/Forum serantau ASEAN/PBB/ Negara komanwel/ Negara OIC iaitu negara islam/NAM dan lain-lain.
kau akan diajar bagaimana graf ditukarkan kepada bentuk petikan supaya ia relaven dan betul✅ada beberapa teknik yang akan diajar oleh guru-guru tingkatan 6 yang serta dibantu oleh guru-guru berpengalaman dari sekolah lain, selain tu,korang wajib untuk hadiri seminar subjek untuk mantapkan lagi pemahaman korang mengenai pengajian am. banyak seminar yang cikpia pernah join waktu form 6 dulu semua berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan/ teknik memahami subjek tersebut.

pengajian am ada kerja kursus yang korang kena buat secara individu ia markah bonus la untuk tambah pointer kita sebab kerja kursus dibantu oleh cikgu kita sendiri, dia pun turut semak kerja kita💓macam cikpia dulu kena cari sesuatu masalah then kaji masalah buat analisis data dan hasilkan 1 buku tesis cehhh bukan tesis pun tetapi macam satu buku nipis yang lengkap dengan tajuk kita. 




harini cikpia share pengajian am dulu, banyak cikpia nak share pada korang so stay tuned ya..
pada yang tanya cikpia abis stpm sambung mana,? dapat berapa pointer.? apa kepayahan dalam stpm.? tu nanti cikpia akan sharekan pada semua insyallah..saya doakkan pada adik-adik yang bakal menerima tawaran form 6 semoga berjaya didunia dan diakhirat. sebenarnya bila cikpia da belajar semua ni, pengetahuan kita lagi meluas dan ilmu tu perlu diamalkan supaya tidak lupa dek telan zaman. 

akhir kata dari saya:
"form 6 bukan untuk orang yang bijak tapi untuk orang yang rajin" ayat ni yang dilontarkan oleh guru saya dan pada waktu itu saya rasa hairan kenapa bukan bijak malah rajin.? bila saya tamat STPM baru saya tau apa maksud ayat tersirat disebalik itu💓
form 6 korang kena rajin untuk membaca menghafal mengingat dan memikirkan. baru terhasilnya bijak dalam diri👍👍

sebarang persoalan boleh comment diruangan komen dibawah ya



                                    


Ulasan